Saturday, August 8, 2009

abbas husna return back

salam ,,,

Dhimpit dengan berbagai masalah kerja. kesibukan siang dan malam .,,, akhirnya aku berjaya harini meluangkan sedikit masa utk menulis blog ini. Apepun setiap malam sehingga jam 12 aku berada di hospital melaka melihat hiruk pikuk ramai nya orang datang membuat pemeriksaan selsema babi.

Aku , pengarah hospital , timb pengarah ketua penyelia hospital dan berkampung kat hospital hampi 3 hari .. Ini adalah tanggungjawab sosial yang perlu aku jalankan .... bagi memastikan setiap langkah patient ke hospital melaka selamat. Walaupun badan ini letih ,, aku mesti sumbangkan sesuatu demi agama dan bangsa aku.

Anak perempuan ku ,, abi hanya mampu melihat dirimu setiap seminggu sekali sahaja ,, namun pernah abi titipkan sebelum ini bahawa sabarlah ,,, inlah dugaan yang sedang melanda famili kita... harap dirimu dan abang abbas dan isteru ku bersabar ....


GMI berjaya pada pandangan saya untuk demo tempoh hari. Walaubagaimanapun kita dapat lihat bagaimana kepincangan dapat dihidu dibarisan kita Pakatan rakyat. kesatuan dan kerjasama seakan-akan rapuh. DAP nampak sekali hanya mementingkan satu2 kaum sahaja manakala PKR hanya untuk pemimpin tertinggi mereka.kita PAS terhimpit dan seolah-olah jadi kuda tunggangan kepada mereka. bila nak buat kerja, jaga parking, berdemo dan sebagainya ha serah kat PAS. kalu kena tangkap PAS saja yang kena. mana pergi semua ADUN dan Ahli Parlimen DAP? adakah LIM KIT SIANG saja adalah DAP??? PAS sering kali kalah(pada pandangan saya) pada isu yang ditimbulkan seolah2 apabila kita buka mulut, dikatakan jumud, extreme perkauman dan sebagainya tetapi apabila DAP atau PKR buka mulut semuanya btul dan golongan mustada'fin pejuang PAS seolah2 jadi alat mereka.kita bekerja untuk mereka. adakah ini namanya PAKATAN? DAP banyak merugikan PAS. lihat saja apa jadi di manek urai.. DAP tak membantu kita malah ditimbulkan isu2 dinegeri lain seolah2 menampakkan kejahatan PAS. Lebih baik PAS bersendiri berdakwah dan berjuang dari dijadikan umpan dan kambing hitam kepada mereka. kita ada kekuatan dari ALLAH untuk buka hati kaum bukan islam dan bukan melayu. hidayah milik Allah bukan milik DAP atau PKR. yakinlah ketentuan dan pertolongan Allah. kembalilah pada seruan sebenar kita dengan perjuangan dan matlamat kita. HUDUD, ANTI-MURTAD DAN NEGARA ISLAM... seruan kita seperti termaktub dalam perlembagaan Parti ialah ALLAHUAKBAR!! ALLAH MAHA BESAR bukan Makkal Sakhti kerana rakyat itu hamba Allah dan bukan juga REFORMASI kerana hati2 untuk berjuang milik Allah... ayuh saudara-saudara ku gemakan semula seruan ALLAHUAKBAR!!! DAN TAKBIIIRR!! insyaALLAH pasti berjaya...TAKKBIIIIIIIRRRR!!!!! ALLAHUAKBAR!!!! X3"

Friday, April 17, 2009

New BorN Angel In My family


















































Alhamdulilah detik jam 1.20 ptg /13 April 2009 selamat dlahirkan anak aku yang kedua. bertambahlah amanah ALLAH untuk aku pelihara.

ALLAH kurniakan aku anak perempuan/wedok. Orang kata , ni kire selang bunge ... tak kirelah silang bunge ke silang kate ke yang penting detik ni adalah detk sejaraj baru untuk aku dan famili.

Wife aku masuk labour room jam 7.30 pg kat JB . Dan dari masa tersebutlah aku dan Abbas berada kat bilik labour room . Opsss. abbas cuma masuk selang seli nak tengk umi die..

Aku letak Abbas kat dlm bilik siap katil dan TV , belikan toy sikit .. diamlah die . asyik dengan mainan. Sama ada Abbas sedar atau tidak lepas ni kasihnya akan diabahagi due....

Ini kali kedua aku tengok kelahiran anak ku. Dan setiap suami sepatutnya insaf apabila melihat keperihan ini... tapi biasalah melayu mudah lupe ...kejap je ----..

Oh ye my daughter ni aku letakkan nama Ain Husna , ... makna die ... carile sendiri ..
Aku bukan main taruk sebarang nieee. aku mintak pendapat orang alim.... Kalau korang kenal name die ustaz Sulaiman maiden - dari Jabatan Agam Johor...

Tengoklah gambar ni sebagai tatapan saat sebelum dan selepas bersalin my wife.....

























Saturday, April 11, 2009




From Baru Pahat video , saksikan


dan nilailah keakraban ini.


Semoga ALLAH sajalah yang akan membalas yang terbaik......

SALAM KEMENANGAN


lama dah aku tak sempat nak update sebarang program .
agak sibuk sikit dengan kehidupan,
aku baru pindah sepenuhnya ke melaka,
nak tunggu saat - saat kelahiran anak kedua kedunia,

semua ni adalah tanggungjawab yang berat untuk aku ,
tapi takpe this is my life ,
ni post baru Muhammad Abbas,
adik aku yang upload dalam blog ni .
untuk tatapan semua
wife adik aku pun sekarang ni tengah mengandung
bertambah le cucu tahun ini.......

Wednesday, December 31, 2008

Salam Maal Hijrah

berakhirnya tahun hijrah ni.. apa yang telah aku buat untuk bantu islam . anyway semoga ALLAh sentiasa kekalkan aku dand kaum kerabat aku orang yang sentiasa dalam keredhaanya.

Macam- macam peristiwa dah aku lalui tahun ni. Tapi tulah semua dugaan yang harus aku hadapi. Permainan fikiran aku masih meracau dengan banyak perkra yang dah berlaku . Aku kene pergi melaka , bonus arhghhhhhhhh tension.

Tapi yakinlah kerja yang ikhlas kerna ALLAH pasti mendapat balasan dari ALLAH. Sempena hijrah ini aku mengharapkan satu pembaharuan dalam hidup aku terutama adakah bertambah iman aku . ataupun kurang , kat takok lama.... bila aku nak dijemput oleh ALLAH , adakah ckup amal aku jika dijemput nanti.......

aku serahkan kepada ALLAH semua ini agar sentiasa memberi aku hidayah dan taufik menujunye.

Selamat Maal Hijrah

Wednesday, November 5, 2008

Hospital Melaka ..........I come to you..

3hb November , tarikh keramat bagi aku .
macamana tak keramatnya kene start duk opis balik.
tapi itulah dugaan yang harus aku terima.

anyway , until now i still miss my staff at batu pahat.
tapi tulah dugaan yang harus aku terima .

Hopefully , i can do my very best at Hospital Melaka.
Wait ..... and see..........................

Wednesday, September 24, 2008

kene pindah arhg..............................

tertekan ...../pressure /tension /bengkek

semua ayat boleh gambarkan perasaan aku di waktu ini .
jam 3.30 aku dapat panggilan dari HR manager ... aku kene pindah .......................

bukan main jauh betul ,,ke melaka pulak,,,,,
tak tahulah macamana nak iscuss ngan wife aku nie.

aku tahu dia pasti terima ,tapi................
ialah ..........................

Ya ALLAH kau telah uji lagi hambamu ini , tapai aku yakin YA ALLAH pasti ada kebaikan yang
menjadi rahsia mu yang kau belum mahu tunjukkan lagi pada ku.

lepas tu budak csm semua start lah call aku ucap tahniah lah pulak
apa jadahnya tahniah , takziah adalah....

staff aku kat batu pahat pun sediah jugak k, aku pun dah rasa selesa ngan diorang tapi
qadak dan qadar ALLAH mana boleh kita halang.

macamana akunak stay lepas nie.
nampaknya tido opis lagi la.......